Jumaat, 11 Mac 2011

RAWATAN UNTUK PENYAKIT SOPAK (VITILIGO)

Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan. Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.
.
PUNCA
.
Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri. Antaranya:
.
1. Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri.
2. Kemusnahan melanosit dengan tersendiri.
3. kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.
.
EPIDEMIOLOGI
.
Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo
lSebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahunVitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantinaIndividu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah iniContoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.
.
TANDA-TANDA
.
Apakah tanda-tanda vitiligo?Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompoktompok putih pada kulit. Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.
.
Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya. Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.
.
RAWATAN
.
Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan
.
RAWATAN MEDIKAL
.
Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya
.
- Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.
Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.
.
i) Fotokemoterapi psoralen sapuan: Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah kurang dari 20 peratus tubuh badan.
ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan
.
Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih. Selalunya digunakan untuk individu yang mempunyai vitiligo di lebih 50 peratus anggota badan. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan bagi tujuan ini.
.
RAWATAN PEMBEDAHAN
.
Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:
1. Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih.
.
2. Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama.
.
3.Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas.
.
4. Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.
.
RAWATAN TAMBAHAN
.
1.Penggunaan pelindung matahari (sunblock)
.
2.Kosmetik.
.
3. Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.
.
(Dr. Zulkarnain A. Hamidy/utusan malaysia)

2 ulasan:

  1. Sopak ada penawarnya. layari

    http://rifbook.com/penawarvitiligo/

    tq.

    BalasPadam
  2. dah cube dah ubat tu..tp xde perubahan.mungkin xserasi dengan kulit sy kot...

    BalasPadam