Khamis, 9 Disember 2010

PUNCA PENYAKIT KETUAT

Boleh dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat (atau kutil) di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan.
.
Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV).Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari-jemari.Ketuat ini biasanya tidak menimbulkan kesakitan melainkan jika ia tumbuh di bahagian tapak kaki atau bahagian tubuh yang selalu bergesel atau disentuh dengan kerap.
.
Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat HPV? Cara mudah ialah dengan menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja.Kanak-kanak yang mempunyai tabiat menggigit kuku lebih terdedah untuk jangkitan berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai tabiat tersebut.
.
JENIS KETUAT
.
Ketuat biasa sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ketuat biasanya ini bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan ketuat biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya.
.
Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ketuat rata ini di bahagian wajah namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di bahagian lengan, lutut dan tangan.
.
Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.
.
BAHAYA KETUAT
.
Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.
.
info dari laman web
SIHAT SELALU

3 ulasan:

  1. saya sedang menghadapi masalah ketuat skang ni

    mula2 tumbuh di ibu jari tgn kiri. kemudian ada kat jari telunjuk tgn kiri dan kanan pula. mungkin sebab ketuat pada ibu jari ni selalu terkena pd jari lain

    saya pernah sapu sejenis asid. ketuat ni hilang, tp lepas tu tumbuh balik. adoii...

    BalasPadam
  2. aslmkm.. saudara boleh menyapu hirisan bawang putih untuk menghilangkan masalah ketuat di kulit, sapu 3 kali sehari..selamat mencuba

    BalasPadam
  3. Anak anak saya pernah terkena ketuat.. maklum laa kehidupan di taska... alhamdulilah dengan izin Allah.. ketuat anak anak saya hilang dengan peggunaan krim Herbal Blend Shaklee.. sekiranya ada yang berminat.. boleh wasap saya 0199757750 untuk harga istimewa

    BalasPadam