Selasa, 25 Mei 2010

PUNCA TERJADINYA ANEMIA

PENYAKIT ANEMIA
.
Anemia merupakan sejenis penyakit yang berkaitan tentang darah. Ianya terjadi apabila kepekatan hemoglobin di dalam darah adalah di bawah paras normal mengikut jantina dan usia . Hemoglobin merupakan sejenis pigmen yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsi sel darah merah ialah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tisu-tisu di semua bahagian tubuh badan. Apabila kuantit zat besi adalah abnormal atau kurang dari tahap yang normal sebenarnya iaitu zat besi menjadi sumber utama yang penting dalam hemoglobin adalah merupakan sebab terjadinya anemia. Selain daripada itu juga terdapat punca anemia yang disebabkan penyakit keturunan.
.
GEJALA PENYAKIT ANEMIA
.
Terdapat beberapa tanda gejala penyakit anemia yang menular terhadap yang mengidapnya antaranya kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk melakukan aktiviti yang berat, dan fikiran mudah bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning atau istilahjaundice terjadi bagi kes hemolaitik anemia yang teruk. Gejala nafas tidak stabil seperti apabila melakukan senaman. Tidak bermaya, letih serta lemah badan. Selain daripada itu juga terdapat kejadian pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Bagi gejala anemia yang di tahap tinggi, pesakit yang menghadapinya mungkin boleh menyebabkan maut.
.
PUNCA TERJADINYA ANEMIA
.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan terjadinya penyakit darah seperti anemia ini. Antara faktor utama ialah kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan. Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti anemia sel sabit dan anemia hemolitik. iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran.Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia. Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut. Selain daripada itu juga ketidakstabilan enzim G6PD boleh menyebabkan terjadinya penyakit anemia sekiranya pesakit terdedah kepada ubat gegat dan memakan kacang parang lalu menyebabkan sel darah merah pecah lalu terjadinya anemia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan