Selasa, 25 Mei 2010

CIRI-CIRI TISU EPITELIUM

TISU EPITELIUM
.
Definasi Epitelium ialah tisu yang dibina oleh sekumpulan sel. Sel merupakan komponen utama tisu ini. Dari segi struktur, sel-selnya tersusun rapi menyerupai kepingan dan mempamerkan susunan sama ada berbentuk unilaminar atau multilaminar. Epitelium berasal daripada ketiga-tiga lapisan germa embrio, iaitu ektoderma, mesoderma dan endoderma. Tisu epitelium adalah satu daripada empat tisu dasar. Setiap tisu dasar mempunyai peranan masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu.Tisu dasar boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu: tisu eoitelium , tisu perantara ,tisuotot dan tisu saraf. Tisu epitelium merangkumi tiga jenis iaitu tisu epitelium permukaan , tisu epitelium kelenjar dan tisu epitelium khusus.
.
CIRI-CIRI TISU EPITELIUM
.
Epitelium juga melapisi salur-salur sistem kardiovaskular (jantung dan pembuluh). Epitelium ini disebut endothelium.Epitelium terletak diatas satu lapisan membran yang dipanggil membran asas iaitu satu lapisan yang memisahkan epitelium dengan tisu perantara dibawahnya. Epitelium tidak mempunyai pembekalan darah, iaitu ia bersifat avascular. Ia mendapat bekalan makanan dari pembuluh-pembuluh yang membekali tisu perantara dibawahnya. Tisu epitelium berupaya mengalami regenerasi dan pembaharuan, sebagai contoh epitelium yang melapisi kulit, sistem pencernaan, kawasan olfaktori dan kornea. Epitelium merupakan tisu yang bertanggongjawab dalam pembentukan kelenjar eksokrin dan endokrin. Dari segi fungsi, tisu epitelium memainkan peranan dalam kegiatan pelinciran, rembesan, penyerapan, perlindungan, resepsi deria, perkumuhan, pengangkutan, pencernaan dan pembiakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan