Khamis, 22 Januari 2015

MENU RESEPI BUBUR BAYI

PELBAGAI RESEPI 
BUBUR NASI UNTUK 
SI MANJA ANDA

VERSI KEMASKINI KE -6
.
OLEH 
SUBI HARON DAN NUR SURIA
.
ISTIMEWA UNTUK 
AHMAD IRFAN, NURHUSNA DAN KAWAN-KAWAN


Assalamualaikum, kami ingin berkongsi resepi cara mudah untuk menyediakan bubur nasi untuk si manja anda. Irfan sudah berusia 11 bulan, bayi ini sudah berminat dengan makanan pejal. Kadang-kadang saya bersandar di dinding ruang tamu sambil menikmati secawan yogurt cepat-cepat dia datang minta di suapkan yogurt. Saya pun cuba-cuba suapkan sedikit yogurt ke dalam mulutnya… apalagi berkerut masam mukanya.. kemudian terus beredar untuk sambung bermain.. Tidak sampai seminit bermain Irfan datang lagi minta disuapkan yogurt.. Hmmm.. sekali lagi mukanya berkerut-kerut masam dengan ekspresi memejam mata kerana menikmati yogurt.


CARA CEPAT MENYEDIAKAN BUBUR NASI

Musim cuti sekolah telah berakhir.. oleh itu pengurusan masa di rumah sangat penting bagi kami berdua untuk bersama Irfan. Salah satunya menjimatkan masa memasak bubur nasi untuk si manja Irfan.

1.Ambil 4-5 cawan beras, kemudian basuh sehingga sebersih-bersihnya.

2.Kemudian beras yang basah itu dibiarkan seketika untuk menghilangkan air pada beras.

3.Beras yang di basuh tadi di panaskan @ digoreng di dalam kuali bersama beberapa hirisan besar daun pandan untuk menghasilkan aroma yang sangat wangi.

4.Selepas beras yang di goreng itu benar-benar kering , kisarkan beras tersebut di dalam alat pengisar. Pastikan anda tidak mengisar beras tadi sehingga terlalu halus seperti tepung.

5.Simpan kisaran beras tadi bersama daun pandan tadi di dalam bekas kedap udara dan ditempatkan di dalam peti sejuk.

Kerja-kerja memasak bubur nasi dapat si singkatkan dan menjimatkan masa. Selepas solat subuh kerja mama akan menyediakan bubur untuk Irfan. Bubur yang siap dimasak tadi dimasukkan kedalam termos makanan. Ayah pula pergi menghantar Irfan ke rumah pengasuh.


PELBAGAI RESEPI BUBUR NASI UNTUK SI MANJA
.
 Jika di suap sahaja bubur nasi ke mulut irfan setiap hari pasti bosan juga dibuatnya kerana tiada perisa. Mama dan ayah berusaha mempelbagaikan resepi bubur untuk irfan antaranya ialah:




BUBUR NASI + SAWI MANIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LOBAK MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LABU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM MERAH + AYAM + BADAM.


BUBUR NASI + LOBAK UNGU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM HIJAU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + K.BUNCIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + TAUHU + L.MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KOBIS BUNGA + KENTANG + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.UNGU + S.MANIS + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + TAUHU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + LABU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + BROKOLI  + AYAM +  BADAM

Pastikan bahan-bahan tambahan di dalam bubur yang anda pilih perlu dihancurkan, dikisar, dilumatkan, ditumbuk, dicincang atau diparut. (Tambahkan sedikit garam- untuk bayi berumur 1 tahun ke atas sahaja.)Tabur hidangan bubur nasi yang siap di masak dengan kisaran buah badam. Bagaimana cara menyediakan kisaran halus buah badam?

1.Basuh buah badam dengan sebersih-bersihnya.

2.Kemudian goreng buah badam tadi di dalam kuali tanpa minyak.

3.Biarkan badam sejuk terlebih dahulu kemudian potong buah badam kepada 4 bahagian dan masukkan ke dalam mesin pengisar.

4.Kisar buah badam sehingga sehancur mungkin. Buah badam yang siap di kisar disimpan di dalam bekas kedap udara.

5.Simpan kisaran buah badam tadi di dalam peti sejuk.

6.Taburkan kisaran buah badam di atas 1 hidangan semangkuk bubur.

 Jika anda ingin mulakan dengan memberi badam yang dikisar  mulakan dengan secubit dahulu. Kemudian jika bayi anda sudah suka amalkan dengan satu sudu kecil sehari sahaja. Apa yang penting anda dapat beristiqamah dan memperolehi khasiat buah badam walaupun dalam satu sudu kecil buah badam yang dikisar.Kenapa saya memilih mengamalkan dengan buah badam? Cuba perhatikan struktur jalinan buah badam dengan struktur jalinan otak manusia. Agak-agak apa yang anda boleh fikirkan tentang jawapannya.

Secara peribadinya saya mengamati secara mata kasar melihat buah badam yang di kisar hancur halus yang diratakan di atas pinggan putih. Kemudian saya perhatikan sebahagian kawasan tisu-tisu otak manusia yang tertentu di bawah mikroskop yang mempunyai kuasa pembesaran beresolusi yang tinggi. Dalam kajian histologi tisu otak  manusia yang saya perhatikan  terdapat seakan persamaan gambaran imej taburan kisaran halus buah badam di atas pinggan putih.Namun sayang sekali ketika kajian yang saya lakukan saya tidak mengambil foto tersebut. Sekali lagi saya tegaskan itu hanyalah kajian peribadi saya.Namun anda boleh lihat secara mata kasar perbandingan di antara permukaan jalinan otak dan jalinan pada permukaan badam seperti foto di bawah ini . Perhatikan foto otak dimana banyak jalinan-jalinan kapilari darah seperti yang saya bulatkan dimana seakan sama jalinan pada permukaan badam.  Andainya ini hanyalah satu kebetulan sahaja saya mohon maaf namun sekali lagi saya tegaskan ini hanyalah kajian peribadi saya.



Para tahfiz Al-quran di negara timur tengah mereka amalkan dengan memakan buah badam dan juga kismis. Begtu juga dengan orang yahudi memberi anak-anak mereka dengan amalan minuman susu suam yang dicampur dengan kisaran buah badam. Para suami digalakkan memakan buah badam untuk memperbaiki dan menyihatkan kualiti sperma. Sebelum di kurniakan Ahmad Irfan memang saya amalkan pemakanan buah badam yang di campurkan dengan susu kisaran kismis hitam dan habbatus sauda.

MANISAN MINDA UNTUK SI MANJA ANDA

Yang ini pula tugas saya. Manisan untuk si manja kami. Iaitu Pisang atau betik yang dilecek yang diberi selang setiap hari untuk mencegah sembelit. Tetapi rutin harian saya memberi kismis yang dihancur yang pastinya menjadi kegemaran utama untuk Irfan. Saat yang paling saya suka setiap kali bunyi lesung menumbuk ketika menyediakan kismis hancur ini maka segeralah Ahmad Irfan datang ke saya.Caranya penyediaan sangat mudah:

1.Ambil 7 biji kismis hitam + 4 biji kismis kuning + air/ air zam-zam.

2.Basuh sehingga bersih kesemua bahan tersebut.

3.Masukkan kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.


Setelah bahan tersebut telah lumat masukkan beberapa titis air masak dan gaulkan sehingga sebati supaya lebih lembut dan paling terbaik gunakan air zam-zam.Kenapa saya memilih air zam-zam? Cuba anda perhatikan molekul air zam-zam seperti foto di bawah ini. Sebelum suapkan ke dalam mulut Irfan yang dah tak sabar-sabar mahu menikmati manisan dari air tangan ayahnya.. jangan lupa membaca selawat tiga kali dan niatkan untuk kecerdikan minda. Insyaallah.. selamat mencuba. Apa yang penting anda perlulah beristiqamah.


 Imam Zuhdi berkata, 
" Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

KISMIS SANGAT DIKENALI DALAM DUNIA PERUBATAN ISLAM

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajar. Antara khasiatnya:
.
MENGUATKAN DAYA INGATAN
MENGUBATI PENYAKIT PELUPA
MENCERDASKAN MINDA
MEMBERSIHKAN HATI
MENCERAHKAN MATA
 .
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut
 tetapi tidak menjejaskan kegunaanya. Khasiat kismis juga adalah untuk:

MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR
MEMBAIKI TONA DAN KEANJALAN KULIT
MENINGKATKAN HAFALAN MEMORI
MELAWAN BAKTERIA MULUT
SEBAGAI GANTIAN MAKANAN RINGAN

.

.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

BERIKUT ADALAH MENU UNTUK BAYI BERDASARKAN 
MENGIKUT PANDANGAN AHLI PEMAKANAN

MENU UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN


MINGGU I

Tekstur

  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

MINGGU 2 - 4

Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


MENU UNTUK BAYI BERUSIA 7 BULAN
MINGGU 
Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi ( seperti ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

MENU UNTUK BAYI BERUSIA 9-11 BULAN
MINGGU 1
Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus.
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli , puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

____________________________________________________________________
AHMAD IRFAN 
BERSAMA
SET PEMBELAJARAN
 INTERAKTIF DAN KREATIF
PRODUK MYQALAM FOR KIDS 2015

KINI MY QALAM 4 KIDS 2015 DIDATANGKAN DENGAN VERSI CETAKAN  BUKU BAHARU 
YANG DIKEMASKINIKAN

 SERTA BANYAK HADIAH PERCUMA EDISI YANG BAHARU MENANTI UNTUK ADIK-ADIK YANG BUDIMAN


 Cara mudah & berkesan untuk memperkenalkan buku pertama kepada anak anda. Senang & mudah digunakan. Halakan muncung pen pada paparan buku, pen akan membaca perkataan tersebut. Anak anda boleh dengar dan menyebut perkataan tersebut.

 Pakej LENGKAP dengan 6 siri Iqra’, Panduan Belajar Solat, buku Bahasa Melayu, buku Bahasa Inggeris, buku Bahasa Arab & surah-surah pilihan (muqaddam).8 pilihan bacaan qari tersohor untuk bacaan dalam buku surah-surah pilihan (muqaddam).

 
Bacaan suara yang jelas bagi setiap buku. Memudahkan anak anda belajar menyebut apa yang didengari. Anak anda akan mudah tertarik dengan sebutan dari pen tersebut.
Pen Pintar 'Build-in Battery'.Habis bateri, cucuk pada kabel untuk cas. Tak perlu pening-pening kepala fikirkan tentang kos bateri.Reka bentuk pen yang mudah dipegang oleh kanak-kanak. Warna pen juga amat menarik dan mewujudkan suasana ceria untuk anak anda belajar membaca & mengaji.
 Paparan setiap muka surat yang berwarna-warni menjadi kesukaan kanak-kanak. Boleh juga berfungsi sebagai mp3 player.Fungsi bacaan 1 kalimah demi 1 kalimah untuk surah-surah muqaddam. Anak anda juga dipupuk untuk minat membaca surah-surah pendek Al Quran pada peringkat awal. Juga mempelajari terjemahan ayat surah tersebut.
 Ada manual cara penggunaan pen MyQalam Kids. Rujukan pantas untuk fungsi & cara penggunaan pen bersama buku-buku.
 Anak anda bukan sahaja dipupuk untuk minat membaca dalam bahasa Melayu, malah boleh belajar bahasa Inggeris & bahasa Arab (komunikasi harian) secara sistematik.
Beg Galas yang comel untuk mengisi buku-buku yang terdapat dalam set MyQalam Kid. Mudah di bawa kemana-mana - balik kampung,outstation, ke rumah pengasuh, di dalam kerata dan sebagainya.



BERIKUT ADALAH ITEM YANG TERDAPAT DI
DALAM PAKEJ MY QALAM 4 KIDS 2015

1xKotak MyQalam 4 Kids
1xPen Digital
1xPengecas
1xKabel USB
1xEarphone
1xManual Cara Guna
1xKad Waranti
1xBeg Galas
6xBuku Iqra' siri 1-6
3xBuku Bahasa Melayu
2xBuku Bahasa Inggeris
1xBuku Mengira BM & BI
1xBuku Surah Pilihan Al Quran
1xBuku Panduan Sembahyang
1xBuku Mari Belajar Bahasa Arab
1xBuku Counting Numbers
1xBuku Fruits & Vegetables
1xBuku Colour & Shaoes
1xBuku Home Items
1xBuku Flags
1xBuku Animals Sounds
1xBuku Alphabets ABC


UNTUK VERSI TERBARU CETAKAN BUKU 2015

1.BUKU IQRA I-6 TELAH DIBUKUKAN KEPADA 1 BUKU YANG TELAH DIKEMASKINIKAN SERTA DENGAN PAPARAN YANG MENARIK

2. TUJUH BUAH BUKU MINI COUNTING, FRUIT AND VEGETABLES, COLOUR, HOT ITEMS, FLAGS, ANIMAL SOUND DAN ALPHABETS ABC TELAH DIBUKUKAN KEPADA 1 BUKU YANG DIKEMASKINIKAN SERTA 
DALAM PAPARAN SAIZ BUKU YANG BESAR.

3.CETAKAN BARU BUKU BAHASA ARAB YANG BERSAIZ 
LEBIH BESAR DAN KEMAS.


 

BUKU IQRA' 6 SIRI
Membantu anak anda mengenal huruf Iqra' & bacaan dengan baris secara sistematik. Mula dengan mengenal huruf hinggalah bacaan kalimah-kalimah Quran.

BUKU MARI BELAJAR BAHASA MELAYU SIRI 1,2 & 3
Dengan buku ini, anak anda akan dapat mengenal abjad & menyebut perkataan dan ayat Bahasa Melayu dengan sebutan intonasi yang betul.
Perkataan di dalam buku ini disusun & dipilih mengikut silibus pembelajaran awal kanak-kanak . Membantu meningkatkan daya ingatan anak anda.

BUKU ALPHABETS SIRI 1 & 2
Ajar anak anda membaca perkataan & ayat dalam Bahasa Inggeris dengan mudah & cepat. Sentuh sahaja pen pada helaian muka surat buku Alphabets ini, pen akan membaca perkataan dan ayat dalam bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul.

BUKU NUMBERS
Mengajar anak mengira dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

BUKU SURAH PILIHAN AL QURAN
Didik anak anda menguasai bacaan surah-surah lazim / surah-surah pendek dengan mendengar bacaan dari 7 qari tersohor.Mempunyai fungsi bacaan 1 kalimah demi 1 kalimah dan terjemahan dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris.

BUKU PANDUAN SEMBAHYANG
Ajar anak anda cara solat dengan tertib serta bacaan dalam solat dengan sebutan yang betul. Turut membantu anak anda belajar azan, iqamat, wirid & doa selepas solat. Juga mengandungi cara solat jamak, qasar & jenazah.

BUKU MARI BELAJAR BAHASA ARAB
Anak anda boleh belajar komunikasi harian bahasa Arab.

BUKU COUNTING NUMBERS
 Anak anda boleh belajar kiraan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU FRUITS & VEGETABLES
Anak anda boleh belajar menyebut sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.
 
BUKU COLOURS & SHAPES
Anak anda boleh belajar mengenali & menyebut warna serta bentuk dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU HOME ITEMS
Anak anda boleh belajar menyebut item-item asas yang terdapat di dalam rumah dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU FLAGS
Anak anda boleh belajar mengenal bendera-bendera negara luar dan sebutan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU FRUITS & VEGETABLES
Anak anda boleh belajar menyebut sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU ANIMALS SOUNDS
Anak anda boleh belajar menyebut nama-nama haiwan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU FRUITS & VEGETABLES
Anak anda boleh belajar menyebut sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

BUKU ALPHABETS ABC
Anak anda boleh belajar menyebut abjad / huruf dan perkataan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dll.

HADIAH  DAN BONUS UNTUK PEMBELIAN 
SATU SET MY QALAM 4 KIDS 2015 
BERSAMA SATU UNIT PEN DIGITAL




SATU NASKHAH AL QURAN RESAM UTHMANI 
 YANG BOLEH DIBACA DENGAN 
DIGITAL READ PEN MY QALAM
+
SATU SET PERMAINAN 
PUZZLE BLOK ALIF, BA,TA
+
SATU UNIT PERMAINAN 
NIKKI MODELLING CLAY

SATU SET PERMAINAN
PUZZLE SPAN ABC DAN 123
+
SATU UNIT KOLEKSI 
STICKER SPONGE BOB
+
JIMAT RM 50.00




MENGAPA MY QALAM 4 KIDS 2015????
 BERITAHU KEPADA ISTERI ANDA ATAU BERITAHU KEPADA SUAMI ANDA.WALAUPUN ANDA BERDUA SENTIASA SIBUK TETAPI MASIH ADA WAKTU TERLUANG MENDIDIK ANAK-ANAK ANDA DENGAN CARA KREATIF DAN MENARIK MINAT ANAK-ANAK ANDA



My Qalam 4 Kids 2015 membantu memupuk minat mengaji & membaca anak kesayangan sejak kecil lagi. Pandai dan lancar membaca dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris seawal usia 2-3 tahun.

Pendedahan awal cara solat dengan tertib serta bacaan dalam solat sejak kanak-kanak lagi. Melentur buluh, biarlah dari rebung.

Kalau tak ajar semasa kecil nanti dah meningkat dewasa ‘liat’ nak solat. , didiklah anak anda bersolat ketika kecil lagi.

Membantu anak anda menyebut huruf, perkataan, nombor dan ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan sebutan / intonasi yang betul.

Begitu juga sebutan untuk bacaan surah-surah lazim. Silap sebut dah jadi lain maksud.

Meningkatkan IQ, daya ingatan dan minda anak kesayangan anda sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar.


Pakej lengkap MyQalam edisi kanak-kanak ini meliputi semua aspek pendidikan awal seperti membaca & mengira dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris, belajar Iqra’ & mengaji surah-surah lazim dan solat.

Mendidik anak menunaikan solat sejak dari kanak-kanak. Usah biarkan anak kesayangan anda ‘hanyut’ dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat.

Anak anda dapat belajar dengan santai dan menyeronokkan di rumah. Ianya mudah & senang digunakan. Kanak-kanak umur 2-3 tahun dah pandai guna MyQalam edisi Kanak-Kanak.

Silibus yang sistematik dan memudahkan pembelajaran awal anak anda seawal usia 2-3 tahun. Paparan helaian buku-buku digital berwarna-warni yang semestinya disukai oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran menjadi lebih seronok.

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep fonetik iaitu bunyi yang terbukti secara saintifik mampu meningkatkan IQ & minda kanak-kanak.


Bukan hanya bermanafaat utk anak anda sahaja. Anda juga boleh menggunakannya sebagai alat bantu mengaji Al Quran menggunakan item yg terdapat dlm MyQalam 4 Kids.
Sangatlah sesuai utk manfaat seisi keluarga.Sangat sesuai untuk pembelajaran di taska atau tadika. Sangat sesuai untuk pembelajaran di rumah dan dimana-mana sahaja.




UNTUK PEMBELI MY QALAM 4 KIDS DI SEKITAR KUALA LUMPUR (SOGO, SETAPAK JAYA DAN WANGSA MAJU) ANDA BOLEH AMBIL SECARA BY HAND DAN ANDA TIDAK AKAN DIKENAKAN BAYARAN KOS PENGHANTARAN. DARIPADA HARGA RM290.00 TANPA KOS PENGHANTARAN ANDA JIMAT BERAPA RM?? SMS/CALL PUAN NUR SURIA UNTUK POTONGAN HARGA TANPA KOS PENGHANTARAN.


ATAU


JIKA ANDA BUKAN PEMBELI BUKAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR TETAPI TIDAK MAHU DIKENAKAN CAS PENGHANTARAN SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI ADIK BERADIK, SAUDARA MARA, KENALAN DAN SEBAGAINYA PESAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGAMBIL MY QALAM 4 KIDS SECARA BY HAND KEMUDIAN BARU DISERAHKAN KEPADA ANDA

AKHIR KATA MANFAATKAN PENGGUNAAN MY QALAM 4 KIDS UNTUK SEISI KELUARGA ANDA


  
 SMS / CALL / WHATSAPP DI TALIAN 
013-2684552
 ( PUAN NUR SURIA) 

----------------------------------------------------


PROMOSI PAKEJ
 SATU SET MY QALAM 4 KIDS
BERSAMA DUA UNIT PEN DIGITAL

HADIAH  DAN BONUS UNTUK PEMBELIAN 
SATU SET MY QALAM 4 KIDS 2015 
BERSAMA DUA UNIT PEN DIGITAL




SATU NASKHAH AL QURAN RESAM UTHMANI  
YANG BOLEH DIBACA DENGAN 
DIGITAL READ PEN MY QALAM
+
DUA  UNIT PRESCHOOL ACTIVITY BOOK
+

SATU SET PERMAINAN 
PUZZLE BLOK ALIF, BA,TA
+
SATU UNIT PERMAINAN 
NIKKI MODELLING CLAY

SATU SET PERMAINAN
PUZZLE SPAN ABC DAN 123
 +
HARGA LEBIH DISKAUN




SMS / CALL / WHATSAPP DI TALIAN 
013-2684552
 ( PUAN NUR SURIA) 

------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------

GALERI FOTO MY QALAM 4 KIDS